- Aerobik melibatkan aktiviti yang menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga melalui proses metabolisma.
- Melibatkan latihan yang berintensiti rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang agak panjang.
- Latihan ini meningkatkan keupayaan penggunaan oksigen dalam badan ( oxygen consumption).
- Keupayaan aerobik biasanya dikaitkan dengan keupayaan kardiovaskular.
- Meningkatkan metabolisma dan stamina
- Mengurangkan berat badan
- Jenis latihan :
- Latihan Fartlek
- Latihan Jeda jarak jauh
- Long slow distance
- Persamaan kimia untuk sistem tenaga :
- C6H12O6 + 6O2 → 6CO2 + 6H2O (glucose + oxygen -> carbon dioxide + water).
- Metabolisma aerobik adalah "oxidative phosphorylation" seperti "Krebs cycle" dan Electron Transport Chain".
Anaerobik
Anaerobik merupakan aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga. Ia melibatkan latihan yang berintensiti tinggi dan mengambil masa yang singkat sahaja. Contoh aktiviti adalah acara pecut seperti 100m, 200m, renang dan angkat berat. Latihan anaerobik ini digunakan untuk meningkatkan kekuatan, kelajuan, dan kuasa mengikut sukan masing-masing.
Terdapat dua jenis sistem tenaga Anaerobik :
- Anaerobik Alaktik
- Anaerobik Laktik
Anaerobik Alaktik (ATP-PC)
- melibatkan aktiviti berintensiti tinggi selama 10 saat
- memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan daripada penguraian Adinosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC)
- Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi) merupakan hasil akhir
- tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan ATP.
Anaerobik Laktik
- melibatkan aktiviti berintensiti tinggi selama 1-3 minit
- sumber tenaga adalah glikogen yang tersimpan dalam otot-otot rangka dan hepar(hati)/ pemecahan glukosa yang diperoleh daripada karbohidrat.
- proses penghasilan tenaga dikenali sebagai glikolisis anaerobik iaitu glukosa berpecah menjadi asid piruvi dan menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen
- asid laktik yang terlalu banyak menyebabkan kelesuan otot













