Khamis, 28 September 2017

Struktur dan Fungsi Otak

Otak terdiri daripada tiga bahagian iaitu otak belakang(hindbrain), tengah(midbrain) dan otak depan/besar(forebrain).


1. Otak belakang (Hindbrain) : 

  • Medulla Oblongata 
    • Mengawal fungsi-fungsi autonomik(involuntary)
    • Contoh : pernafasan, degupan jantung, batuk, muntah dan bersin  

  • Pons
    • Menghantar maklumat dari konteks ke serebelum
    • Mengawal tidur dan mimpi

  • Serebelum
    • Mengawal voluntary
    • Mengawal keseimbangan badan
    • Menyelaraskan segala aktiviti yang melibatkan pergerakan

2. Otak tengah (Midbrain) :
  • Mengawal tindak balas untuk melihat
  • Mengawal pergerakan mata
  • mengawal pergerakan otot
  • pendengaran




3. Otak depan/besar (Forebrain) : 

Sereberum : 4 major lobe
  • Frontal     : - untuk merancang, membuat keputusan dan bercakap
  • Parietal    : - untuk sensori
  • Occipital  : - penglihatan
  • Temporal : - pendengaran


Sistem Limbik :

  • Hipotalamus :
    • merangsang kelenjar pituitari merembeskan hormon
    • mengawal suhu badan
    • mengawal lapar dan dahaga
    • motivasi

  • Amigdala :
    • Mengawal emosi
    • Mengawal ketakutan
    • Mengawal agrasif

  • Hipokampus :
    • mengawal proses memori (jangka panjang/ lokasi/ manusia)

  • Talamus :
    • menghantar maklumat dari sensori ke sereberum

Hemisfera Otak :
Kanan : - mengawal bahagian kiri badan
Kiri     : - mengawal bahagian kanan badan




Brain Plasticity
  • Keupayaan otak untuk berubah mengikut cara hidup
  • Otak mempunyai keupayaan untuk menyusun semula dirinya dengan membentuk sambungan sel-sel otak (neuron)

Isnin, 25 September 2017

Sistem Koordinasi

PENGENALAN PSIKOBIOLOGI
Psikobiologi merupakan suatu kajian sainstifik mengenai hubungkait biologi dan tingkah laku seseorang manakala psikologi aktiviti fizikal pula adalah kajian mengenai hubungkait proses mental manusia dengan tingkah laku seseorang semasa melakukan senaman atau bersukan.

SISTEM KOORDINASI
Sistem koordinasi merupakan sesuatu sistem yang mengendali dan mengawal atur organ dalam badan manusia agar tubuh dapat melaksanakan kerja sesuai dengan fungsinya. sistem koordinasi ini terdiri daripada dua sistem iaitu sistem saraf dan sistem endokrin.

         


1) SISTEM SARAF :
Sistem saraf terdiri daripada berjuta-juta sel saraf yang mana lebih dikenali sebagai neuron. Setiap neuron terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dendrit, badan sel dan axon dimana setiap bahagian ini mempunyai fungsi masing-masing. Dendrit berfungsi untuk menerima maklumat dan membawanya ke badan sel. Badan sel pula bertindak untuk mengawal semua aktiviti sel. Kemudian axon akan membawa maklumat dari badan sel ke terminal axon.


Penghasilan Impuls
Dalam keadaan rehat (resting potential/polarization), pam sodium-potassium berulang kali mengangkut 3 Na+ dari dalam sel ke luar sel dan dalam masa yang sama 2 K+ dibawa masuk ke dalam sel dari luar menggunakan ATP. Protein channel yang tertutup akan menyebabkan Na+ dan K+ tidak boleh keluar dan masuk. Fenomena ini akan menyebabkan terhasilnya perbezaan konsentrasi(concentration gradient). Kemudian, di luar sel terdapat banyak ion positif manakala di dalam sel terdapat banyak ion negatif. Perbezaan cas ini dikenali sebagai electrical gradient. Rangsangan akan menyebabkan depolarization(Action potential) dan sodium & potassium kembali terbuka. Potassium channel akan kekal terbuka selepas sodium channel tertutup, keadaan ini akan menghasilkan perbezaan konsentrasi dan cas berlaku semula. keadaan ini dikenali sebagai repolarization.


2) SISTEM ENDOKRIN
Sistem endokrin terdiri daripada tiga komponen iaitu kalenjar, hormon dan proses pengedaran dan sasaran organ. Kalenjar merupakan tempat penyimpanan bahan kimia yang dikenali sebagai hormon manakala hormon merupakan maklumat kimia yang mengandungi protein yang diprogramkan terhadap sel reseptor yang khusus sama ada untuk meningkatkan atau mengurangkan sel metabolisme.






Aerobik dan Anaerobik

Aerobik Aerobik melibatkan aktiviti yang menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga melalui proses metabolisma.  Melibatkan latihan ...